Permohonanan Menjadi Fitness Trainer / Team Leader
Bagi Program
Cabaran 6 Minggu Slim & Fit Musim ke 9
Tarikh Program :
7 Mac 2020 – 18 April 2020 (Pendaftaran peserta dibuka pada Jan 2020 – melalui website)
Kelayakan Pemohon :
- Siapa yang layak? Fitness Enthusiast, Fitness Trainer, Personal Trainer, Zumba & Aerobic Instructor, Group Fitness Instructor, Sports Woman, Marathoners dan lain-lain yang berkaitan.
- Berkebolehan memimpin & memberi tunjuk ajar.
- Terbuka untuk Trainer Wanita sahaja.
- Sihat tubuh badan & aktif dalam pelbagai aktiviti kecergasan.
- Berumur 23 tahun keatas.
Peranan Team Leader / Trainer :
- Mengetuai & melatih sekumpulan peserta Wanita dalam pelbagai aktiviti kecergasan.
- Merancang & menyediakan jadual aktiviti, lokasi & masa (di luar waktu bekerja) – Minimum 10x aktiviti sepanjang 6 minggu.
- Pembakar semangat untuk peserta-peserta mencapai objektif.
- Memupuk minat peserta ke arah Gaya Hidup Sihat, ‘Healthy Lifestyle’
- Team Leader/Trainer Program Guideline & Taklimat akan disediakan.
Kelebihan menjadi Trainer Slim & Fit Malaysia
- Membantu ramai Wanita di luar untuk lebih aktif & sihat.
- Bekerjasama dengan Slim & Fit trainers yang lain dalam menjayakan program.
- Pendedahan dengan pelbagai cabang bidang kecergasan.
- Menjadi platform, untuk lebih berjaya sebagai jurulatih kecergasan.
- Marketing / Promo / Poster akan disediakan oleh pihak Penganjur.
- Menambah pendapatan sampingan – dari RM2000 ke RM7000 mengikut jumlah peserta yang berdaftar di kawasan (team) yang dilatih.