TRAINER AGREEMENT

CABARAN 6 MINGGU SLIM & FIT

7 Mac 2020  – 18 April 2020

Akur janji diantara “Trainer atau Team Leader” dan Penganjur Program Slim & Fit Malaysia, Pengurus Program iaitu Helmi bin Yahya, 831207-11-5305 serta syarikat Heya Fitness (002318647-P) bagi program Cabaran 6 Minggu Slim & Fit Musim ke 8 yang akan bermula pada 7 Mac sehingga 18 April 2020.

Saya, bersetuju menjadi “Jurulatih atau Ketua Kumpulan” untuk program Cabaran 6 Minggu Slim & Fit Musim ke 9 anjuran Slim & Fit Malaysia dibawah kendalian syarikat Heya Fitness yang akan bermula dari 7 Mac 2020 sehingga 18 April 2020.

Saya akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang jurulatih atau ketua kumpulan seperti di dalam Lampiran A.

Saya bersetuju untuk menerima wang khidmat dari pihak penganjur sebanyak (60%) dari jumlah bayaran penyertaan (Yang Diterima Penganjur) untuk kawasan kendalian saya dan bonus tambahan sebanyak (6% sekiranya jumlah peserta mencapai & melebihi 20 peserta).

Saya juga bersetuju, baki jumlah bayaran penyertaan yang diterima pihak penganjur akan digunakan bagi kegunaan persediaan program, promosi program, penyediaan buku, tshirt, saguhati peserta & juara setiap kawasan, serta nasihat & pemantauan berterusan sepanjang program berlangsung.

LAMPIRAN A.

  1. Team leader hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya 10x aktiviti bersama peserta-peserta Cabaran 6 Minggu Slim & Fit.
  2. Dari musim ke 7 dan musim seterusnya, tidak dibenarkan melakukan aktiviti lasak/extreme seperti mendaki bukit (Hiking)
  3. Team Leader perlu memastikan setiap peserta menandatangani borang ‘Participants Liability Waiver’ sebelum melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Borang ini hendaklah disimpan bersama Team Leader sekurang-kurangnya sehingga 3 bulan selepas tamat program.
  4. Team Leader diminta bersikap Jujur & Amanah, bagi memaklumkan Pihak Penganjur sekiranya peserta membuat bayaran penyertaan program secara terus kepada Team Leader. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya didapati Team Leader tidak mematuhi perkara ini.
  5. Team Leader perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti.
  6. Sentiasa hadir awal bagi setiap aktiviti yang telah dirancang.
  7. Tidak membenarkan peserta yang mempunyai masalah kesihatan yang serius ketika program berlangsung untuk meneruskan aktiviti.
  8. Team Leader tidak dibenarkan mencampur aduk program luar dengan aktiviti-aktiviti Cabaran 6 Minggu Slim & Fit tanpa memaklumkan pihak penganjur.
  9. Sentiasa berpakaian sopan dan tidak menjolok mata ketika program berlangsung.
  10. Tshirt peserta Program Cabaran 6 Minggu Slim & Fit akan disediakan oleh pihak penganjur. Kos tshirt ditanggung oleh penganjur.
  11. Pemenang kawasan dikira berdasarkan PERATUS penurunan berat badan ((Berat Awal – Berat Akhir) / Berat Awal) x 100
  12. Rekod Berat Awal peserta setiap kawasan perlu dihantar kepada pihak penganjur selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh Kickoff, dan Berat Akhir peserta, 3 hari selepas tamat program.
  13. Team Leader perlu menyediakan Majlis Penutup program untuk setiap kawasan masing-masing, bagi penyerahan hadiah. Cadangan untuk Majlis Penutup perlulah melalui perbincangan bersama peserta-peserta dari segi Lokasi dan Bayaran. Contoh : Makan Malam di Restoran atau Potluck Picnic.
  14. Team Leader adalah digalakkan menyediakan hadiah tambahan selain daripada hadiah utama daripada penganjur.
  15. Bayaran wang khidmat kepada Team Leader akan dilakukan secara berperingkat sebanyak 2 kali, iaitu di minggu awal program dan seminggu sebelum tamat program.
[CognitoForms id=”17″]