Tamat sudah Cabaran 6 Minggu Slim & Fit musim ke 6

Pada 4 Ogos yang lepas, seramai 545 peserta telah menyertai Cabaran 6 Minggu Slim & Fit musim ke 6. Terdapat 33 kawasan (Team) di seluruh Malaysia. Program ini dilatih oleh Jurulatih Kecergasan Wanita (Fitness Ladies Trainer) dan cabaran ini hanya terbuka kepada peserta wanita sahaja.

Objektif program Cabaran 6 Minggu Slim & Fit ini adalah untuk mendidik orang ramai untuk lebih peka dengan kepentingan gaya hidup sihat. Di samping itu dapat belajar cara yang lebih tepat bagaimana untuk mengurangkan berat badan melalui pemakanan sihat & latihan kecergasan.

Seminar Pemakanan Sihat

Setiap peserta diberikan buku panduan bertajuk Merangka Pelan Pemakanan (Pengiraan Kalori) untuk dijadikan rujukan sepanjang program Cabaran 6 Minggu Slim & Fit. Di samping itu berpeluang belajar & memahami secara terus bersama jurulatih.

Panduan Merangka Pelan Pemakanan

Berikut antara gambar-gambar aktiviti kumpulan untuk musim ke 6, di seluruh Malaysia.

Berdasarkan purata keputusan penurunan berat badan di 33 kawasan (Team), peserta berjaya turun berat badan antara 4kg hingga ke 10kg sepanjang program 6 minggu Slim & Fit. Penurunan berat badan tersebut terus menurun setelah tamat program, bila mana peserta-peserta konsisten amalkan gaya hidup sihat dengan panduan yang telah diajar sepanjang program Slim & Fit.

Program seterusnya akan bermula pada Januari 2019. Nantikan!


Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)

Klik disini untuk dapatkan info terkini program.