8 tips bagaimana untuk memilih ‘Personal Fitness Trainer’ yang terbaik untuk diri anda.

Di Malaysia permintaan terhadap personal trainer atau personal fitness trainer semakin hari semakin meningkat, seiring dengan peningkatan taraf hidup semasa.

Juga berkemungkinan disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.

Apakah itu personal fitness trainer?

Seorang jurulatih peribadi yang mempunyai pengetahuan & kemahiran dalam bidang kecergasan, mahir dalam merangka program kecergasan yang khusus & selamat untuk seseorang individu serta bijak dalam memberi galakan & motivasi.

Berapa harga satu sesi PT? Berapa pula harga pakej 10 sesi PT? …Bukan soalan-soalan ini yang patut anda tanya dahulu.

Kami kongsikan tips bagaimana untuk memilih Personal Trainer yang terbaik untuk anda.

  1. Anda berhak untuk bertanyakan 1-2 sesi percubaan (Trial). Ini bertujuan untuk memastikan yang kita selesa dengan trainer tersebut. Sesi percubaan ini mungkin percuma, ataupun ada sedikit bayaran. Lebih baik bayar 1 sesi percubaan dahulu daripada kita terus bayar keseluruhan pakej program. Jika tidak selesa pada sesi percubaan, tidaklah rasa rugi sangat.
  2. Personal trainer yang bagus, dia akan menerangkan terlebih dahulu bentuk program yang sesuai untuk diri anda. Anda juga berhak bertanya dan memberi pendapat. Nyatakan objektif dan target anda. Kesesuaian sesuatu bentuk program memerlukan komunikasi 2 hala dan seberapa banyak yang boleh maklumat tentang diri anda. Standard program & program yang dirangka khusus untuk setiap individu adalah dua perkara yang berbeza.
  3. Sekiranya anda ada sedikit pengetahuan tentang perkara berkaitan kecergasan, tak salah juga jika anda ‘Knowledge Test‘ personal trainer tersebut. Ini bagi membantu meningkatkan keyakinan anda.
  4. Personal trainer yang popular di dalam media sosial tidak semestinya dia sesuai dengan diri anda. Yang paling penting adalah ‘chemistry’ antara Trainer dan Client. Juga perlu dilihat pada kepadatan jadual trainer tersebut. Selalunya trainer yang popular, jadual nya agak padat. Sekiranya terlalu padat, ini mungkin boleh mengganggu corak pengajaran seperti tidak menepati masa, mood swing & tidak fokus.
  5. Dalam mencapai target anda, ilmu pemakanan juga adalah amat penting. Jadi pastikan Personal Fitness Trainer tersebut mempunyai knowledge yang luas tentang pemakanan.
  6. Dapatkan sebanyak mungkin info dan kisah kejayaan Clients yang pernah diajar oleh personal trainer tersebut. Ini bagi membuktikan trainer tersebut betul-betul boleh menghasilkan result buat anda.
  7. Bertanyakan tentang pengalaman trainer tersebut, sudah berapa lama menjadi trainer, bertanyakan program lain seperti group training, dapatkan sedikit latar belakang trainer tersebut. Maklumat-maklumat seperti ini mampu memberikan lebih keyakinan untuk diri anda.
  8. Bagus jika personal trainer tersebut mempunyai sijil-sijil kursus berkaitan jurulatih kecergasan. Tapi point ini kami letakkan pada yang terakhir sekali, kerana pada masa kini sangat mudah untuk dapatkan sijil-sijil tersebut. Jadi tak semestinya, trainer yang memiliki sijil adalah trainer yang benar-benar terbaik untuk anda.

Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)

Klik disini untuk dapatkan info terkini program.

Tips asas ‘Jogging’ untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Selain menjaga pemakanan, jogging adalah antara perkara pertama yang sering terlintas di fikiran bila kita berniat nak kurus. Memang benar jogging membantu.

Tetapi adakah anda sedar risiko berat badan yang berlebihan ketika jogging juga boleh mengganggu perjalanan mengurangkan berat badan anda? Apakah langkah persediaan yang anda lakukan untuk kurangkan risiko kecederaan?

Berikut adalah tips dan langkah-langkah persediaan yang anda perlu tahu sebelum mulakan jogging.

1. Sentiasa menggunakan kasut yang khas untuk berlari (Running Shoes). Elak gunakan kasut yang tapaknya terlalu nipis atau cusion yang tidak tebal, untuk lindung kaki dari hentakan yang berlebihan dari berat badan.

2. Gunakan juga sokongan perlindungan di lutut (Knee Support) jika diperlukan.

3. Lakukan whole body movement warm up terlebih dahulu sebelum memulakan jogging. Jogging dalam keadaan otot-otot badan yang sejuk atau posisi otot rehat juga berisiko untuk berlaku kecederaan.

4. Jarak jogging yang dicadang berdasarkan kategori berat badan.

100kg keatas → 1km hingga maksimum 3km. Tempo larian adalah berjalan laju (Briskwalk).

75kg – 100kg → 3km hingga 5km. Tempo larian adalah sederhana.

50kg – 75kg → 5km dan keatas. Tempo larian adalah sederhana laju.

5. Jaga sela masa tempo larian anda. Contohnya seperti berikut;

30 saat anda jogging, kemudian 1 minit brisk walk (ulang semula) sehingga tamat target jarak larian. Kemudian cuba increase level untuk larian-larian minggu yang akan datang, 1 minit anda jogging, 1 minit brisk walk (ulang semula).

Lakukan langkah-langkah ini sehingga anda mampu jogging sepenuhnya sehingga tamat jarak larian.

6. Lakukan kawalan pernafasan. Ketika jogging cuba elakkan nafas yang terlalu laju dan pendek. Anda perlu tarik nafas dalam-dalam dan hembus.  Buat dengan rythm pernafasan yang sekata sepanjang jarak larian. Ini bagi memastikan oksigen sentiasa cukup ketika anda jogging. Tiba-tiba mengah atau semput bermaksud oksigen yang diperlukan tidak mencukupi.

7. Ketika jogging elakkan pandangan mata anda ke bawah atau tengok pada kasut anda. Pandangan mata anda perlu sentiasa pandang trek ke hadapan, dimana postur leher & badan akan sentiasa lurus. Ini bagi mengelakkan ketegangan pada otot leher kita.

8. Bahu pula perlu sentiasa dalam keadaan relaks. Jangan terlalu tegap mendada dan juga jangan terlalu membongkok. Beri ruang oksigen masuk ke dalam paru-paru.

9. Ketika anda nak landing kan tapak kaki anda, pastikan tengah-tengah tapak kaki yang mencecah trek. Elakkan landing di hujung depan atau tumit tapak kaki. Ini bagi mengurangkan risiko kecederaan seperti cramp, tight calves dan sakit pada tulang keting kaki.

10. Elakkan mengangkat posisi lutut yang terlalu tinggi ketika jogging dan juga jangan berlari seperti menghentak kaki anda sehingga dapat dengar bunyi tapak kasut. Langkah larian yang senyap, lembut boleh kurangkan stress pada kaki anda.

Sekiranya anda mengalami masalah lutut yang serius, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti kecergasan.


Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)

Klik disini untuk dapatkan info terkini program.

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk bersenam?

Dengan masalah obesiti yang semakin meningkat di Malaysia, ramai yang telah cuba untuk berubah ke gaya hidup yang lebih sihat & aktif.

Selain menjaga pemakanan harian, senaman juga turut membantu bagi mempercepatkan penurunan berat badan.

Jadi, bilakah waktu yang paling sesuai untuk bersenam?

Jawapannya adalah :

  • Waktu ketika badan kita tidak terlalu penat atau letih. Memaksa diri untuk bersenam ketika badan terlalu letih boleh menyebabkan stress pada badan serta jantung.
  • Seawal pagi, kerana ketika itu badan telah cukup rehat (tidur) dan belum melakukan sebarang aktiviti berat.

Sebenarnya nak bersenam bila-bila masa pun boleh. Ikut kelapangan jadual harian masing-masing.

Antara mitos yang kita pernah dengar adalah Senaman di Waktu Malam membahayakan kesihatan. Perkara ini tidak tepat sama sekali. Bukan waktu malam yang perlu dipersalahkan, tetapi perlu lihat pada keadaan badan kita. Sekiranya kita telah seharian bekerja dengan kerja yang agak berat sehingga menyebabkan badan penat & lesu jadi kita tidak digalakkan untuk bersenam di waktu malam.

Cuba cari masa lain yang lebih sesuai, seperti cuti hujung minggu.

Senaman bukan perkara yang membebankan. Ia boleh menimbulkan minat bila kita seronok melakukannya. Senaman dalam bentuk berkumpulan sangat membantu.


Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)

Klik disini untuk dapatkan info terkini program.

Adakah berpeluh tanda kita bakar lemak?

Coach… Setiap kali saya bersenam, susah betul saya nak berpeluh. Kawan2 saya yang lain dah habis basah kuyup dgn peluh. Tapi peluh saya pulak cuma keluar setitis dua. Hadoi..

Nak kata mengelat bersenam, tak jugak. Macam2 cara dah buat, untuk bagi keluar peluh, tapi tak keluar2 jugak. Adakah ni tandanya saya susah nak bakar lemak?

Adakah anda juga yang sedang membaca ni mengalami situasi yang sama?

Berpeluh sebenarnya bukan tanda kita bakar lemak. Badan kita sangat unik, dimana badan boleh bertindakbalas dengan suhu persekitaran dan juga bertindakbalas ke atas suhu badan kita sendiri untuk menyingkirkan haba.

Berpeluh adalah cara badan kita menyingkirkan haba.

Bila cuaca panas, badan akan bertindakbalas dengan mengeluarkan peluh. Umpama sistem penyejukan. Peluh ini bantu mengurangkan suhu tinggi badan ketika cuaca panas.

Ada beberapa faktor penyebab pengeluaran peluh seseorang sedikit atau banyak seperti saiz bukaan liang peluh, kelenjar peluh, saraf neuron yang menghubungkan kelenjar peluh dan juga jumlah air dalam badan.

So, peluh bukan tanda kita bakar lemak ya. Jangan risau atau patah semangat kalau peluh tak keluar banyak ketika bersenam. Teruskan sahaja dgn senaman yang dilakukan dan sentiasa konsisten.

Ada juga dengar orang cakap, kalau gym yang tiada penghawa dingin ni lebih bagus dari gym yang ada penghawa dingin. Katanya peluh lebih senang keluar banyak, kemudian bantu bakar lemak. Ini pun tidak tepat.

Sebenarnya, gym yang ada penghawa dingin berikan kita laluan pengudaraan yang lebih baik bila kita bersenam. Kita akan rasa lebih selesa dan tidak mengalami kekurangan oksigen ketika bersenam.


Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)

Klik disini untuk dapatkan info terkini program.