Dengan masalah obesiti yang semakin meningkat di Malaysia, ramai yang telah cuba untuk berubah ke gaya hidup yang lebih sihat & aktif.
Selain menjaga pemakanan harian, senaman juga turut membantu bagi mempercepatkan penurunan berat badan.
Jadi, bilakah waktu yang paling sesuai untuk bersenam?
Jawapannya adalah :
- Waktu ketika badan kita tidak terlalu penat atau letih. Memaksa diri untuk bersenam ketika badan terlalu letih boleh menyebabkan stress pada badan serta jantung.
- Seawal pagi, kerana ketika itu badan telah cukup rehat (tidur) dan belum melakukan sebarang aktiviti berat.
Sebenarnya nak bersenam bila-bila masa pun boleh. Ikut kelapangan jadual harian masing-masing.
Antara mitos yang kita pernah dengar adalah Senaman di Waktu Malam membahayakan kesihatan. Perkara ini tidak tepat sama sekali. Bukan waktu malam yang perlu dipersalahkan, tetapi perlu lihat pada keadaan badan kita. Sekiranya kita telah seharian bekerja dengan kerja yang agak berat sehingga menyebabkan badan penat & lesu jadi kita tidak digalakkan untuk bersenam di waktu malam.
Cuba cari masa lain yang lebih sesuai, seperti cuti hujung minggu.
Senaman bukan perkara yang membebankan. Ia boleh menimbulkan minat bila kita seronok melakukannya. Senaman dalam bentuk berkumpulan sangat membantu.
Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)
Klik disini untuk dapatkan info terkini program.