Ais batu buat perut jadi buncit. Mitos atau fakta?

Kita selalu terdengar andaian yang mengatakan minum ais batu boleh menyebabkan perut buncit.

Ianya adalah andaian yang tidak berasas, tidak logik dan Mitos semata-mata. Minum air sejuk atau ais batu tidak akan membuatkan perut anda buncit.

Ais batu yang masuk ke dalam mulut, akan bertukar menjadi air disebabkan suhu badan. Suhu air tersebut juga akan bertukar sama dengan suhu badan.

Ada juga yang mendakwa ais akan bergumpal dengan lemak setelah masuk ke dalam badan. Dakwaan ini adalah tidak logik, dan bukan berasaskan sains. Dalam sistem pencernaan ada enzim-enzim yang akan mencernakan lagi makanan, ia tidak akan bergumpal seperti yang didakwa.

Perut buncit & kenaikan berat badan adalah disebabkan pengambilan makanan (kalori) yg berlebihan. Selain itu, kualiti makanan yang diambil.

Kalori air kosong atau ais = 0 Kalori (Kcal)

Air sejuk atau ais memang boleh diminum ketika cuaca panas atau selepas bersenam untuk kesegaran badan & keseimbangan suhu badan. Akan tetapi janganlah diamalkan minum ais batu ketika waktu sejuk seperti awal pagi. Suhu badan kita masih sejuk.

Minum ais batu juga ada dikaitkan dengan penyebab badan banyak angin atau dikenali juga ‘lenguh-lenguh badan’. Ini juga andaian yang tidak berasas. Badan yang terasa seperti berat, berangin, lenguh terjadi adalah disebabkan gaya hidup kita yang kurang aktif.

Segera lah berubah kepada gaya hidup yang lebih aktif & sihat.


Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)

Klik disini untuk dapatkan info terkini program.