8 tips bagaimana untuk memilih ‘Personal Fitness Trainer’ yang terbaik untuk diri anda.

Di Malaysia permintaan terhadap personal trainer atau personal fitness trainer semakin hari semakin meningkat, seiring dengan peningkatan taraf hidup semasa.

Juga berkemungkinan disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.

Apakah itu personal fitness trainer?

Seorang jurulatih peribadi yang mempunyai pengetahuan & kemahiran dalam bidang kecergasan, mahir dalam merangka program kecergasan yang khusus & selamat untuk seseorang individu serta bijak dalam memberi galakan & motivasi.

Berapa harga satu sesi PT? Berapa pula harga pakej 10 sesi PT? …Bukan soalan-soalan ini yang patut anda tanya dahulu.

Kami kongsikan tips bagaimana untuk memilih Personal Trainer yang terbaik untuk anda.

  1. Anda berhak untuk bertanyakan 1-2 sesi percubaan (Trial). Ini bertujuan untuk memastikan yang kita selesa dengan trainer tersebut. Sesi percubaan ini mungkin percuma, ataupun ada sedikit bayaran. Lebih baik bayar 1 sesi percubaan dahulu daripada kita terus bayar keseluruhan pakej program. Jika tidak selesa pada sesi percubaan, tidaklah rasa rugi sangat.
  2. Personal trainer yang bagus, dia akan menerangkan terlebih dahulu bentuk program yang sesuai untuk diri anda. Anda juga berhak bertanya dan memberi pendapat. Nyatakan objektif dan target anda. Kesesuaian sesuatu bentuk program memerlukan komunikasi 2 hala dan seberapa banyak yang boleh maklumat tentang diri anda. Standard program & program yang dirangka khusus untuk setiap individu adalah dua perkara yang berbeza.
  3. Sekiranya anda ada sedikit pengetahuan tentang perkara berkaitan kecergasan, tak salah juga jika anda ‘Knowledge Test‘ personal trainer tersebut. Ini bagi membantu meningkatkan keyakinan anda.
  4. Personal trainer yang popular di dalam media sosial tidak semestinya dia sesuai dengan diri anda. Yang paling penting adalah ‘chemistry’ antara Trainer dan Client. Juga perlu dilihat pada kepadatan jadual trainer tersebut. Selalunya trainer yang popular, jadual nya agak padat. Sekiranya terlalu padat, ini mungkin boleh mengganggu corak pengajaran seperti tidak menepati masa, mood swing & tidak fokus.
  5. Dalam mencapai target anda, ilmu pemakanan juga adalah amat penting. Jadi pastikan Personal Fitness Trainer tersebut mempunyai knowledge yang luas tentang pemakanan.
  6. Dapatkan sebanyak mungkin info dan kisah kejayaan Clients yang pernah diajar oleh personal trainer tersebut. Ini bagi membuktikan trainer tersebut betul-betul boleh menghasilkan result buat anda.
  7. Bertanyakan tentang pengalaman trainer tersebut, sudah berapa lama menjadi trainer, bertanyakan program lain seperti group training, dapatkan sedikit latar belakang trainer tersebut. Maklumat-maklumat seperti ini mampu memberikan lebih keyakinan untuk diri anda.
  8. Bagus jika personal trainer tersebut mempunyai sijil-sijil kursus berkaitan jurulatih kecergasan. Tapi point ini kami letakkan pada yang terakhir sekali, kerana pada masa kini sangat mudah untuk dapatkan sijil-sijil tersebut. Jadi tak semestinya, trainer yang memiliki sijil adalah trainer yang benar-benar terbaik untuk anda.

Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)

Klik disini untuk dapatkan info terkini program.