1- TEKANAN FIZIKAL: Apabila struktur rangka dan juga sistem badan anda terpaksa menampung berat yang berlebihan, ia memberi efek negatif pada kesihatan anda secara keseluruhan.
Sistem rangka dan otot pada tubuh manusia dicipta untuk menampung (dan bergerak) dengan berat badan yang tertentu. Walaupun sistem badan manusia mempunyai daya tahan yang tinggi ia tetap mempunyai had dan batas.
Tekanan fizikal yang berpanjangan akibat menampung berat badan berlebihan akan memberi kesan terhadap sendi-sendi.
Obesiti meningkatkan risiko sakit lutut, Osteoarthritis dan kesakitan musculoskeletal yg lain.
Obesiti juga memberi kesan pada sistem pernafasan anda.
Berat badan berlebihan, memberi tekanan yg lebih tinggi pada paru-paru, diaphragm dan struktur dada meningkatkan risiko berlaku keradangan.
Kajian menunjukkan obesiti antara punca utama berlakunya penyakit respiratori seperti Hypoventilation Syndrome yang seringkali menyebabkan kegagalan fungsi jantung.
Obesiti juga meningkatkan risiko penyakit asma dan Sleep Apnea (salur nafas sempit dan terhalang ketika tidur)
2- PERUBAHAN FISIOLOGI: Lemak yang berlebihan, memberi kesan bagaimaimana sistem tubuh anda berfungsi. Ini termasuk perubahan hormon, keradangan (inflammation) meningkat serta kesan pada tekanan darah dan tahap kolestrol
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko yg lebih tinggi untuk mendapat penyakit seperti
- Penyakit jantung
- Strokes
- Diabetes tahap 2
- Penyakit sendi dan tulang (Osteoarthritis)
- Tekanan darah tinggi
- Sleep apnea (gangguan salur pernafasan)
- Kanser
- Metabolic syndrome
- Fatty liver disease
- Masalah sukar hamil atau kehamilan berisiko tinggi.
Dan banyak lagi.
It seems obvious, but the best way to treat the health risks of obesity is to lose weight.
Rujukan:
The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases(NIDDK)
Dr. Tzvi Doron, American Osteopathic Association (AOA) and the American Academy of Family Physicians (AAFP).
Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)
Klik disini untuk dapatkan info terkini program.