20 tips kurangkan berat badan. Kalau betul-betul buat mesti jadi.

Sejak tahun 2010 sehingga ke hari ini, Malaysia masih mencatatkan peningkatan angka setiap tahun bagi masalah obesiti.

Peningkatan angka ini juga turut meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk rawatan hospital dimana setiap tahun jumlah pesakit-pesakit yang dikaitkan dengan masalah obesiti ini semakin ramai.

Berusaha, tawakal dan doa untuk elak penyakit datang kepada kita adalah lebih baik dari kita mengubati penyakit.

Berikut kami kongsikan 20 tips untuk anda yang nak kurangkan berat badan. Kalau anda betul-betul ikut dan buat, mesti jadi.

1. Tetapkan goal dan jangka masa yang realistik untuk capai target. Contohnya, dalam masa 6 bulan target untuk kurangkan 10kg ke 20kg. Bila dah capai berat badan ideal, berusaha pula untuk kekalkan.
2. Kira keperluan makanan untuk sehari dan cuba lakukan defisit kalori.
3. Makan makanan yang seimbang dan utamakan pada kualiti makanan yang diperlukan badan.
4. Kurangkan minuman yang bergula, berkarbonat, berkrim.
5. Amalkan minum 1-2 gelas minuman berkaffein kurang atau tanpa gula setiap hari. Kaffein ini bersifat diueretik. Ia mampu bantu mengurangkan lebihan air dalam badan.
6. Bagi orang Islam, cuba amalkan puasa sunat (isnin & khamis) sekurang-kurangnya sekali sebulan. Kalau di luar negara, diet intermittent fasting sangat popular, ianya lebih kurang sama seperti kita berpuasa.
7. Elakkan terlalu lapar. Bila kita skip waktu makan, sukar untuk kita mengawal pemilihan makanan bila dalam keadaan terlalu lapar.
8. Kurangkan makan makanan yang menggunakan minyak yang banyak.
9. Cuba elakkan membeli makanan yang diproses. Amalkan makan makanan yang dimasak sendiri dari rumah.
10. Minum air kosong yang cukup setiap hari.
11. Kurangkan makan makanan yang tinggi saturated dan trans fat.
12. Amalkan pengambilan sayur-sayuran untuk setiap hidangan utama.
13. Ambil buah-buahan dengan kadar sederhana. Bantu dari segi vitamin untuk badan dan perlawasan (detox).
14. Konsisten bersenam minimum 1 ke 2 kali seminggu. Bantu meningkatkan metabolisma badan.
15. Untuk permulaan, mulakan senaman yang jenis kardio, seperti jogging, bersukan, berenang dan senaman ringan.
16. Cuba juga latihan bebanan, untuk tingkatkan kekuatan badan. Mulakan dengan bodyweight exercise. Kemudian, cuba pula dengan tambahan pemberat seperti dumbbell, barbell, kettlebell dan sebagainya.
17. Rekod aktiviti senaman / pemakanan setiap minggu (bagi melatih diri untuk konsisten)
18. Ajak kawan-kawan untuk sama-sama bersenam. Bila dalam berkumpulan akan lebih seronok.
19. Rehat yang cukup dan uruskan stress anda dengan baik.
20. Ambil gambar diri sendiri before & after (bandingkan setiap 3 bulan). Sebagai motivasi diri.

Kami doakan semoga anda berjaya. Amin.


Cabaran 6 Minggu Slim & Fit di seluruh Malaysia (Ladies Only)

Klik disini untuk dapatkan info terkini program.